14 Jul 2012
Kuala
Lumpur, 14 Julai 2012
– Takaful IKHLAS Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) syarikat penyedia perkhidmatan
perlindungan kewangan yang menawarkan pelbagai produk perlindungan yang inovatif
berasaskan prinsip dan nilai Islam telah mengadakan Majlis Anugerah Ejen Takaful
IKHLAS yang ke-8 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur yang
dihadiri lebih daripada 1,000 orang ejen.
Malam
Anugerah Ejen merupakan satu majlis pengiktirafan yang khas bagi meraikan
kejayaan para ejen Takaful IKHLAS sepanjang tahun kewangan 2011/2012.
Kesungguhan dan kegigihan para ejen dalam usaha mencapai matlamat perniagaan
yang disasarkan dihargai dan diberi penghormatan pada malam anugerah yang
berprestij ini. Secara keseluruhannya, Takaful IKHLAS mempunyai lebih 6,000
orang ejen di seluruh negara yang mempromosikan sijil-sijil
Syarikat.
Presiden
dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS Sdn Bhd, Dato' Hj Syed Moheeb bin
Syed Kamarulzaman berkata, “Penganjuran
majlis seumpama ini diharap berupaya memberi suntikan dan semangat kepada warga
ejen Takaful IKHLAS untuk terus berusaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan
lagi sumbangan dan pencapaian cemerlang.”
Ujar
beliau lagi, “Saya berbangga dengan
pencapaian yang ditunjukkan oleh Warga Ejen IKHLAS yang sentiasa komited dengan
tugas masing-masing. Pada kali ini juga kita dapat saksikan peningkatan
keseluruhan penerima-penerima anugerah berbanding dengan tahun kewangan sebelum
ini”.
Pada malam itu juga, Takaful IKHLAS telah memberi pengiktirafan kepada
salah seorang ejen wanita Takaful IKHLAS, iaitu Puan Zuraidah Hanim Binti
Ibrahim kerana beliau telah berjaya mengukir namanya di peringkat antarabangsa
dengan membawa pulang anugerah antarabangsa yang berprestij iaitu Million Dollar
Round Table (MDRT). Beliau menyerahkan penghasilan peribadi Takaful Keluarga
untuk sumbangan tahun pertama sebanyak RM461 ribu, sekaligus melepasi tahap yang
telah ditetapkan untuk menjadi ahli MDRT di Malaysia iaitu sebanyak RM420
ribu.
Pada tahun ini juga buat julung kalinya Takaful IKHLAS berjaya
melahirkan pemenang bagi Anugerah Agensi Jutaan Ringgit Perdana (Premier Million
Ringgit Agency). Seramai empat orang Pengurus Agensi Kumpulan telah berjaya
melepasi syarat penghasilan yang telah ditetapkan iaitu RM2 juta untuk sumbangan
tahun pertama.
Takaful IKHLAS yang mula beroperasi pada Julai 2003 adalah merupakan
anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad, sebuah Syarikat pemegangan
pelaburan yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan
Nasional Berhad melalui Skim Amanah
Saham Bumiputera.
Takaful IKHLAS yang mempunyai pusat perkhidmatan pelanggannya di Pejabat
Korporatnya di Bangsar South, Kuala Lumpur serta pejabat wilayah di Klang, Kota
Bharu, Johor Bahru, Sungai Petani, Kuching, Melaka, Kota Kinabalu, Kuantan,
Ipoh, Kuala Terengganu dan Putrajaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan