AR-RAYYAN GROUP

Ar-Rayyan Group merupakan sebuah Kumpulan Perunding Kewangan di Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

Ahad, 9 September 2012

ANDA WANITA...BERHAK DILINDUNGI..

Anda bimbang..Tidak mendapat hak yang sepatutnya sebagai seorang isteri?
Kemungkinan diabai/ditinggalkan oleh suami?
Ditimpa kemalangan dan berlaku kecacatan/kerosakan fizikal?
Mendapat/dijangkiti penyakit kronik atau berbahaya?
Mendapat risiko komplikasi kehamilan?
Mendapat risiko bayi berpenyakit/cacat?
Tidak dapat bekerja & menyara keluarga?
Tiada simpanan hari tua?


Saya bersama Takaful Ikhlas menghargai dan mahu membantu kaum wanita menghadapi dunia hari ini yang penuh cabaran dan dugaan. Adalah penting akak/adik/makcik/auntie sekalian merancang masa depan dari segi kewangan dan keselamatan supaya hidup lebih tenang dan sejahtera, bukan sahaja untuk diri sendiri malah fikirkan tentang anak-anak atau generasi pewaris kita.

Kami sediakan manfaat HADIAH PERKAHWINAN DAN KELAHIRAN ANAK sehingga RM 3000 istimewa bagi peserta Pelan Ikhlas Wanita Takaful.

Sabtu, 8 September 2012

Tawaran Simpanan Haji




Sediakan tabungan ibadat Haji untuk anak-anak & keluarga...
Dengan simpanan serendah RM 240 setahun (19.50 sebulan), pelbagai manfaat disediakan :

 ü Perlindungan kewangan akibat kematian RM 20 000 – RM 50 000
ü Bantuan Rawatan Penyakit Kritikal RM 10 000
ü Bantuan Khairat Kematian RM 2000
ü Khidmat Badal Haji

Boleh digunakan sebagai dana pendidikan     anak di IPT, gantikan hutang PTPTN.
Anak-anak yang bekerja boleh carumkan untuk menaja ibadat Haji ibubapa ke Mekah.
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi perunding kami:
Ust. Azlan : 012 9288272

Rabu, 5 September 2012


Di Takaful IKHLAS, kami mengurus dan mengendalikan perniagaan kami selaras dengan prinsip-prinsip Syariah. Kami komited sepenuhnya bagi memastikan keadilan dan kesaksamaan dilaksanakan dalam semua urusan kami. Oleh itu, semua hal operasi, urusan pelaburan, pengurusan dan pemasaran perniagaan dikawalselia oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah yang diketuai oleh Dato’ Mohd Mokhtar Shafii, Ahli Majlis Fatwa Selangor.

Kami komited dalam membantu para pelanggan kami secara cekap dan berkesan khususnya apabila melibatkan soal tuntutan dan pampasan. Ini adalah kerana kami ingin meyakinkan mereka bahawa usaha kami untuk memberi “ketenangan fikiran” bukan sekadar slogan semata-mata, tetapi satu realiti. Apa yang lebih penting,kami IKHLAS.
Takaful IKHLAS Iktiraf Kesungguhan dan kegigihan Ejen di Malam Anugerah Ejen 2011/2012
14 Jul 2012


Kuala Lumpur, 14 Julai 2012 – Takaful IKHLAS Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) syarikat penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan yang menawarkan pelbagai produk perlindungan yang inovatif berasaskan prinsip dan nilai Islam telah mengadakan Majlis Anugerah Ejen Takaful IKHLAS yang ke-8 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur yang dihadiri lebih daripada 1,000 orang ejen.

Malam Anugerah Ejen merupakan satu majlis pengiktirafan yang khas bagi meraikan kejayaan para ejen Takaful IKHLAS sepanjang tahun kewangan 2011/2012. Kesungguhan dan kegigihan para ejen dalam usaha mencapai matlamat perniagaan yang disasarkan dihargai dan diberi penghormatan pada malam anugerah yang berprestij ini. Secara keseluruhannya, Takaful IKHLAS mempunyai lebih 6,000 orang ejen di seluruh negara yang mempromosikan sijil-sijil Syarikat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS Sdn Bhd, Dato' Hj Syed Moheeb bin Syed Kamarulzaman berkata, “Penganjuran majlis seumpama ini diharap berupaya memberi suntikan dan semangat kepada warga ejen Takaful IKHLAS untuk terus berusaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan lagi sumbangan dan pencapaian cemerlang.”

Ujar beliau lagi, “Saya berbangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh Warga Ejen IKHLAS yang sentiasa komited dengan tugas masing-masing. Pada kali ini juga kita dapat saksikan peningkatan keseluruhan penerima-penerima anugerah berbanding dengan tahun kewangan sebelum ini”.


Pada malam itu juga, Takaful IKHLAS telah memberi pengiktirafan kepada salah seorang ejen wanita Takaful IKHLAS, iaitu Puan Zuraidah Hanim Binti Ibrahim kerana beliau telah berjaya mengukir namanya di peringkat antarabangsa dengan membawa pulang anugerah antarabangsa yang berprestij iaitu Million Dollar Round Table (MDRT). Beliau menyerahkan penghasilan peribadi Takaful Keluarga untuk sumbangan tahun pertama sebanyak RM461 ribu, sekaligus melepasi tahap yang telah ditetapkan untuk menjadi ahli MDRT di Malaysia iaitu sebanyak RM420 ribu.


Pada tahun ini juga buat julung kalinya Takaful IKHLAS berjaya melahirkan pemenang bagi Anugerah Agensi Jutaan Ringgit Perdana (Premier Million Ringgit Agency). Seramai empat orang Pengurus Agensi Kumpulan telah berjaya melepasi syarat penghasilan yang telah ditetapkan iaitu RM2 juta untuk sumbangan tahun pertama.


Takaful IKHLAS yang mula beroperasi pada Julai 2003 adalah merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad, sebuah Syarikat pemegangan pelaburan yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad melalui Skim Amanah Saham Bumiputera.


Takaful IKHLAS yang mempunyai pusat perkhidmatan pelanggannya di Pejabat Korporatnya di Bangsar South, Kuala Lumpur serta pejabat wilayah di Klang, Kota Bharu, Johor Bahru, Sungai Petani, Kuching, Melaka, Kota Kinabalu, Kuantan, Ipoh, Kuala Terengganu dan Putrajaya